Khamis, 14 April 2011

"Syurga Cinta Kita"

"..... Cinta kepada bunga akan layu, cinta kepada manusia akan berpisah, cinta kepada ALLAH s.w.t akan kekal abadi...."  Benarkah syurga cinta itu untuk semua? Aku seringkali bertanya kepada diri sendiri, bagaimanakah syurga cinta aku itu harus dicapai.. Adakah ia akan datang sendiri jika tidak dicari..? Susah sangatkah untuk kita mencapai cinta sejati kita? Memang diakui amat pedih untuk menjalani hidup ketika hati seperti dihempas pecah. Aku masih ingat lagi ketika itu aku betul-betul terseksa hendak melalui sehari tanpanya. Memang diakui benar-benar terseksa setiap nafas yang disedut kerana seperti ada 'tosel' yang menghalang kita untuk terus hidup.. Memang diakui masih ada bayang-bayang si dia pada setiap apa yang kita lakukan. Terasa pilunya hati ini bila bayang-bayang itu muncul.. Tetapi apakah hikmah di sebalik ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan